Saturday, 29 July 2017

OBJEKTIF PENULISAN

  • Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat dalam kehidupan. 
  • Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang lebih  terperinci mengenai amalan syirik dan khurafat yang semakin berleluasa 
  • mengenalpasti isu-isu semasa  berkenaan syirik dan khurafat pada masa kini
  •  Untuk mengetahui langkah-langkah mengatasi masalah syirik dan khurafat

Friday, 28 July 2017

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, media hiburan semakin berleluasa di kalangan masyarakat pada harini tidak mengira peringkat usia. Pelbagai jenis hiburan telah disajikan kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk . Namun, hiburan sebegini hanyalah melalaikan masyarakat di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton secara khusus. Industri tanah air kini mula berkembang pesat dengan pelbagai jenis filem mahupun drama yang bertemakan cinta atau romantik, komedi mahupun seram.

    secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram contoh filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.


Oleh yang demikian, masyarakat terutama penggiat seni perlu berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah filem agar tidak melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penulis skrip khasnya perlu menghasilkan skrip yang berkualiti dan tidak terpesong dari ajaran Islam supaya penonton tidak terikut dengan ae yang dihidangkan. Penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem yang ditonton sedangkan itu hanya rekaan semata-mata. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.






Thursday, 27 July 2017

Pengertian Khurafar dan Syirik

 PENGERTIAN KHURAFAT :

-        

   - Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:   خرف خرافة خرافات

-         
   - Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.

-      Di dalam al-Munjid disebut:
           خرف قسد اخرفة افسده
           الخر افة حديث الخرف المضحك

-         Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.

-         Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu.

-         Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

-         Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
        
   Yang bermaksud:

        “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu   hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.  




PENGERTIAN SYIRIK :  


Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT  atau secara sedar       mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT. 

Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok   besar yakni: 

    
     1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH  TA'ALA :

-        Syirik Rububiyyah

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.


-        Syirik Uluhiyyah

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat          uluhiyyah.

          
-        Syirik Asma' Wa Sifat

Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang    merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.




     2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA: 

-        Syirik Akbar (besar)

Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.

·       Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.

·       Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.

·       Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.

·       Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT

Wednesday, 26 July 2017

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT

1) MENDIRIKAN RUMAH BARU 

  • Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buauntuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.


  • Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.  
  

2) UPACARA MENURUNKAN PERAHU/KAPAL YANG             BARU KE LAUT 
     
  • Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan     sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan   dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan     mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.  


3) KENDURI TOLAK BALA


 -Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya   kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.   

    
-Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :- 

          
i.                    Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
tersebut.                                       


ii.                  Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.                                    


4) UPACARA PERSANDINGAN 
       
-Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di  mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.  
      


-Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan  Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari. 
       


5) Mengandung / Kelahiran bayi 
    
-Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.  


Tuesday, 25 July 2017

CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT

1) PERANAN KERAJAAN

Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. 

 Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.

  

2) PERANAN MASYARAKAT


Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.



3) 
PERANAN DIRI SENDIRI


- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.  

Monday, 24 July 2017

KESIMPULAN

Secara rumusannya, kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Sebagai contoh, pengajaran yang kami dapat daripada perwatakan Ustaz Adam dalam filem Munafik. Beliau sentiasa bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah mahupun senang.

Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat. Contohnya, melalui perjanjian syaitan dan iblis dalam lakonan Pak Osman, beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hatinya terhadap Ustaz Adam.
Tambahan pula, sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran, kita perlulah sentiasa tegas dalam membanteras dan membendung masalah yang berkaitan pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan. Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam keseluruhan masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam negara.  


Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.


Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)