Friday, 28 July 2017

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, media hiburan semakin berleluasa di kalangan masyarakat pada harini tidak mengira peringkat usia. Pelbagai jenis hiburan telah disajikan kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk . Namun, hiburan sebegini hanyalah melalaikan masyarakat di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton secara khusus. Industri tanah air kini mula berkembang pesat dengan pelbagai jenis filem mahupun drama yang bertemakan cinta atau romantik, komedi mahupun seram.

    secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram contoh filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.


Oleh yang demikian, masyarakat terutama penggiat seni perlu berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah filem agar tidak melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penulis skrip khasnya perlu menghasilkan skrip yang berkualiti dan tidak terpesong dari ajaran Islam supaya penonton tidak terikut dengan ae yang dihidangkan. Penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem yang ditonton sedangkan itu hanya rekaan semata-mata. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.






No comments:

Post a Comment